Wednesday, December 30, 2015
Ip Man 3 (2015) - Movie review & analysis
Dalam suatu filem bersiri, jarang penonton menggemari filem yang ketiga. Filem pertama elok, filem kedua pun mungkin elok, tetapi filem ketiga yang boleh jadi sukar untuk mencapai prestasi filem-filem sebelumnya. Siri Terminator, Taken, Alien, Robocop (walaupun saya sebenarnya amat suka Robocop 3), itu antara contoh secara umum. Sedangkan Donnie Yen sendiri pun sebelum ini pernah menyatakan tidak mahu ada filem ketiga, dan kita faham kenapa dia berkata demikian. Jadi tidak dapat dielakkan untuk berasa sedikit gusar, takut-takut filem ketiga ini gagal.
Saya akan kata, jika dinilai sebagai sebuah filem standalone, Ip Man 3 akan menampakkan beberapa kekurangan. Salah satu daripadanya, pembinaan plot yang tidak begitu kukuh menonjolkan kepentingannya. For example, sebelum menonton sebenarnya saya agak tertanya-tanya. Kenapa Mike Tyson? Ya, memang dia seorang yang sangat tersohor dalam seni tinju profesional, tapi bolehkah dia berlakon? Persoalan itu biarlah penonton sendiri menjawabnya. Saya kurang tertarik dengan cara pergerakan cerita dikembangkan, seolah-olah tidak cukup padu atau meyakinkan walaupun penghujung klimaks amat baik. Mungkin bagi penonton yang belum pernah menonton kedua-dua filem sebelum ini, akan terasa kurang dekat dengan watak-wataknya.
Namun jika dilihat dari segi pelengkap trilogi, Ip Man 3 cukup kuat untuk diletakkan hampir sebaris dengan filem sebelumnya. Adegan aksinya masih lagi berbisa dan mendebarkan. Saya juga suka dengan persekitaran Hong Kong era 1950-an seperti yang dipaparkan, cukup meyakinkan, tidak rasa asing, terasa seperti menonton filem-filem Hong Kong lama. Dan elemen yang paling kuat dalam filem ini adalah sentimen emosi dan kekeluargaan. Sebagaimana sentimen seorang pengikut siri Fast & Furious dari siri pertama ketika menonton filem paling akhir, mungkin itu juga yang timbul bagi siri ini. Agak sukar untuk menahan perasaan bagi penonton yang menghayati dan mendalami jiwa dan kehidupan watak bernama Ip Man sejak dari filem pertama. Momentum penghayatan filem ini akan jadi lebih kuat jika ditarik dari filem pertama.
My rating: 4/5 well done.
Analisis tambahan (Spoiler alert!)
Tema akhir yang dipaparkan agak tidak asing dalam dunia seni mempertahankan diri. Apabila melibatkan pertikaian atau masalah soal waris aliran dan sebagainya, boleh dikatakan ia satu perkara yang agak lazim di mana-mana saja termasuklah di Malaysia (boleh buat further research kalau berminat). Saya rasa satu idea yang agak bijak konsep ini dijadikan penutup dalam filem ini. Kata-kata Ip Man di hujung cerita membawa mesej yang sangat baik. Actually watak dia memang begitu sejak dari filem sebelumnya, dan konsistensi ini membuatkan karekter ini satu karekter yang agak meninggalkan kesan.
Saturday, December 19, 2015
Star Wars: The Force Awakens (2015) - Movie review
Satu perkara tentang sebuah siri mahakarya yang mempunyai kekuatan pengikut yang amat besar, sebarang media baru yang diperkenalkan sememangnya tidak dapat lari dari sangkaan dan jangkaan. Ini juga sudah tentu berlaku pada filem terbaru siri Star Wars ini. Perlu dimaklumkan bahawa majoriti peminat hardcore, well, saya boleh kata fanboy siri ini tidak menggemari episod 1, 2 dan 3. Bagi saya pula, tidak sehingga membenci, tetapi saya juga dapat merasakan seperti ada sesuatu yang kurang pada ketiga-tiga episod tersebut, berbanding dengan episod klasik 4, 5 dan 6. Star Wars: The Force Awakens ini akan dinilai sehalus-halusnya seperti juga filem-filem terdahulu, dan sebarang kesilapan akan mengundang amarah peminat yang pasti akan menjejaskan filem-filem seterusnya.
Pendapat saya setelah menonton, jujur saya kata filem ini menarik, membangkitkan nostalgia, tetapi tidaklah begitu original. Seolah-olah seorang chef yang sebelum ini memasak nasi goreng ayam, kemudian menggantikan ayam dengan daging, ia tetap sebuah nasi goreng. Derivatif. Sebabnya tunjang jalan cerita terlalu banyak sangat persamaan dengan episod 4 (A New Hope). Seolah-olah satu deja vu, menonton kembali filem tersebut, tukar watak, tukar peranan, tukar itu ini, tambah tolak sikit, maka jadilah The Force Awakens. Seolah-olah pihak produksi cuba berhati-hati supaya tidak menyinggung peminat sepertimana episod 1, 2 dan 3. Itu cuma andaian saya saja.
Apa pun itu tidak mengurangkan semangat saya untuk menonton, semuanya semata-mata atas faktor nostalgia. Bunyi enjin Tie Fighter yang seakan-akan raksasa mengerang, bunyi percisan Lightsaber berlaga, ini semua terlalu mengujakan. Mungkin faktor derivatif itu tadi juga merupakan kekuatan filem ini. Tiada yang terlalu unik, terlalu fresh atau terlalu inovatif, dan saya anggap ini bukan suatu kelemahan, tetapi sebagai satu penghormatan kepada siri Star Wars itu sendiri yang tidak terlalu menyimpang jauh daripada ciri-ciri yang asal. Babak-babak tempur dan aksi juga agak mengujakan, adegan-adegan dogfight dibikin cukup cantik, pujian kepada pengarahnya J.J. Abrams, pada saya beliau telah menjalankan peranan dengan baik sekali. Tambahan lagi watak-watak baru yang diperkenalkan agak kukuh. Saya mengaku agak tertarik dengan pengenalan protagonis wanita sebagai Jedi apprentice, mungkin sebab dua trilogi sebelum ini dipegang oleh watak lelaki.
Filem ini saya letak di atas garisan secukup rasa. Ia berjaya menanam minat saya untuk menonton filem-filem seterusnya, well, lagi dua tahun, satu tempoh yang tak perlu ditunggu bagi mengelakkan diri terasa tua (kalau fahamlah maksud saya).
My rating: 4/5
Thursday, December 17, 2015
The Peanuts Movie (2015) - Movie review
Sebagai sebuah filem yang sangat membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak dulu, saya sangat seronok menontonnya. Kartun Charlie Brown dan rakan-rakan antara kisah yang pernah saya ulang tonton entah berapa kali ketika zaman VHS dulu. Sampai melekat personaliti dan nama-nama watak serta babak-babak tertentu hingga hari ni. Kalau anda seperti saya, berkemungkinan besar anda juga akan terhibur. Cabaran utama filem ini adalah transisi dari suatu bentuk yang lama ke sesuatu yang lebih kontemporari. Walaupun pada zaman itu wujud juga kartun-kartun lain, ada sesuatu yang unik tentang bagaimana kartun Charlie Brown divisualisasikan. Adegan Schroeder dengan pianonya, angan-angan Snoopy bertempur Red Baron, dan lain-lain lagi, bagi yang pernah menontonnya dulu akan ingat bagaimana abstraknya ia ditonjolkan, macam ada sedikit elemen surreal di situ. Sebelum masuk panggung saya sudah terfikir sama ada mereka akan cuba reinvent semula, dan jawapannya, well, not entirely. Filem ini mengekalkan babak-babak tersebut secara 'fizikal', tetapi digubah ke bentuk moden. Kuihnya sama, intinya sama, rasanya saja sedikit berbeza. Namun itu tidak mengurangkan mood saya. Ia tetap sebuah filem yang baik dengan jalan cerita dan mesej yang menarik dan menghiburkan. Recommended untuk tontonan bersama anak-anak, bagi depa rasa masterpiece zaman mak bapak dulu di sebalik kepopularitian Ben 10, Spongebob atau RWBY.
My rating: 4/54/5.
Saturday, December 12, 2015
Gundam X Divider (1/100 HG) - Showcase
Sebahagian besar proses mewarna menggunakan spray can, campur jenama Anchor, Samurai dan DIY. Saya menghadapi masalah untuk proses masking apabila berlaku insiden cat tertanggal. Masalah diatasi dengan menggunakan kaedah hand paint. Beberapa bahagian diwarnakan dengan Sharpie.
Payahnya kit ini apabila melibatkan proses memadam seam line, tersangat banyak. Bentuk molding juga menyukarkan lagi proses tersebut. Sesuatu yang agak mencabar.
Weathering menggunakan teknik dry brush dan Tamiya Weathering Master. Bahagian berwarna pada Divider diwarnakan dengan Sharpie bagi menggantikan sticker yang disediakan.
Sebagai sebuah model lama sudah tentu ada banyak kelemahan jika dibandingkan dengan kit-kit terkini. Contohnya dari segi articulation yang terhad serta kualiti molding. Namun kit ini terserlah dengan ketelitian rekabentuknya dengan panel line yang sangat banyak. Ini saja sudah cukup sebagai tarikan terhadap kit ini. Bagi saya memasang kit-kit lama sebegini sedikit sebanyak dapat melatih seorang modeller mempertajamkan skill-skill tertentu, memandangkan cabarannya agak tinggi daripada biasa.
Thursday, November 26, 2015
Wednesday, November 25, 2015
Crack!
Untuk Gundam X Divider ni, baru bercadang nak buat clean build. Entah macam mana boleh crack masa pasang kepala. Tak pasti adakah ini side effect primer ataupun memang kualiti plastik yang kurang kukuh. Maklumlah model lama. Kalau ikutkan mungkin boleh repair pakai cement dan putty, tapi saya cuma repair sikit saja sebab tak yakin, takut jadi lagi teruk. Battle damage lah jawabnya. Ouch...
Wednesday, November 18, 2015
Eksperimen decorative chrome
Primer clear dulu dan terus sembur dengan warna decorative chrome.
Hasil tidak seperti yang diharapkan. Saya mahukan ia licin berkilat. Daripada perkongsian rakan-rakan, rupa-rupanya kena sembur base color hitam metallic/glossy dulu sebelum decorative chrome. Oh well, cuba lagi nampaknya.
Thursday, November 12, 2015
Acguy "Kipidap!" ke GBWC 2015 Malaysia
Saya mengambil masa kira-kira sebulan lebih saja untuk menyiapkan model ini secara santai. Ini kali pertama saya menyertai Gunpla Builders World Cup (GBWC), satu pengalaman yang amat menarik.
Kenapa Acguy? Melihat bentuk kepala Acguy mirip seperti beret. Leper dan bulat, jadi saya rasa mudah untuk mendapatkan gambaran serupa. Jangan pandang rendah dengan Acguy. Walaupun rupanya taklah secanggih secantik Gundam, mobile suit amphibious ini mampu menjalankan tugas-tugas risikan dan serang hendap dengan cukup efisyen.
Kenapa saya memilih tema "Kipidap!"? Well, actually memandangkan saya tak rasa pun boleh menang apa-apa, maka saya terfikir, why not create something yang ada impak. Something yang boleh menarik perhatian, menghiburkan pengunjung dan juga sesuatu yang lebih familiar kepada orang awam. Sesuatu yang simple (saya pun kesuntukan masa sebenarnya). Tambahan pula karekter berkenaan berkaitan personaliti kontemporari dan sesuatu yang ikonik. Personally I think he's a cool guy, so why not, sebagai satu bentuk tribute. Lalu di situlah datang ilham dan akhirnya siaplah model ni.
Kenapa Acguy? Melihat bentuk kepala Acguy mirip seperti beret. Leper dan bulat, jadi saya rasa mudah untuk mendapatkan gambaran serupa. Jangan pandang rendah dengan Acguy. Walaupun rupanya taklah secanggih secantik Gundam, mobile suit amphibious ini mampu menjalankan tugas-tugas risikan dan serang hendap dengan cukup efisyen.
Bagi saya bidang Gunpla juga adalah satu bentuk seni. Dan salah satu fungsi seni adalah sebagai satu medium untuk 'merekod' kejadian. Maka selain daripada idea-idea konvensional, tidak salah juga untuk mengembangkan kreativiti ke satu bentuk atau cabang lain yang lain dari kebiasaan.
GBWC 2015 Malaysia sedang berlangsung di IPC Shopping Center, Mutiara Damansara, hingga 15 November 2015. Kalau berniat nak pergi tu dipersilakan, bawa sekali duit lebih kalau-kalau nak memborong kit-kit yang dijual.
As for me, yang paling tidak ternilai adalah pengalaman. |
Thursday, November 5, 2015
Sengoku Astray SD Group Build WIP - Eksperimen warna
Ini merupakan kit SD saya yang pertama. Saya bercadang untuk mengekalkan majoriti warna asal dengan tambahan tertentu. Base coat menggunakan warna sparkling silver DIY dan warna lain secara hand paint.
Tamiya acrylic - green |
Saya sebenarnya menggemari warna acrylic sebab senang untuk dikendalikan. Cairkan saja dengan beberapa titik air dan tidak perlu risau warna kering. Cuma untuk bahagian kepala ni warna hijau seperti kurang berkilau, mungkin saya terlupa nak sembur coating sebelum mewarna.
Mr. Color lacquer - clear red |
Warna lacquer memang leceh sikit untuk dikendalikan. Terlalu cepat kering dan perlu dicairkan dengan thinner. Namun hasilnya boleh jadi agak mengagumkan kalau kena caranya. Cuma di sini saya tidak menggunakan thinner, jadi permukaan yang disapu tidak begitu rata dengan lapisan ketulan cat yang terlalu cepat kering. Lain kali kena ingat.
Sunday, October 25, 2015
Barang elektronik terpakai
Baru saja selesai mengkopak komputer lama tak pakai. Banyak juga part yang boleh dikitar semula, sama ada jadi part modify model kit atau part diorama.
Yang ni macam boleh buat missile launcher rack. |
Turbin gergasi loji janakuasa? Kipas kapal? |
Mechanism DVD drive ni macam boleh buat take off catapult |
Sangat banyak possibilities. Mencari substitute parts macam ni boleh menjimatkan kos.
Wednesday, October 21, 2015
Water slide decal paper - pro & contra
So saya tekad nak buat decal sendiri, maka saya pun belilah water slide decal paper di Mudah.my. Yang menariknya tak perlu guna printer canggih-manggih, saya cuma guna printer di rumah jenama Canon Pixma E400. Set resolution 600, hasilnya sudah cukup sharp. Agak puas hati.
Cuma satu saja masalahnya (actually masalah yang agak besar juga). Disebabkan printer biasa hanya berkonsep CMYK, maka apabila print atas permukaan decal paper yang transparent, ia cuma akan menjadi kalau decal itu digunakan atas permukaan putih sahaja. Kalau guna atas permukaan berwarna (especially gelap atau hitam) memang hancur hasilnya. Sama ada warna lari atau tak nampak langsung.
Maknanya untuk hasil terbaik kena juga cari printer CMYW, atau printer yang boleh print atas permukaan hitam.
So the hunt continues...
Saturday, October 17, 2015
MR Gunpla Studio & Cafe
Akhirnya tiba di destinasi setelah disewelkan oleh GPS yang sewel (kononnya alasan nak beli phone baru). |
Hari yang amat bermakna apabila berkesempatan singgah makan tengah hari di MR Gunpla Studio & Cafe. Beralamat di Jalan PJU 5/20A, The Strand Damansara, restoran konsep ini menawarkan kenikmatan serampang dua mata: makanan dan Gunpla. Terdiri daripada dua tingkat, restoran di tingkat bawah dan studio Gunpla di tingkat atas
Makan tanpa tengok makanan sebab mata tengok Nightingale di depan. |
Melihat kepada menu, kebanyakannya terdiri daripada pelbagai bentuk Western food. Saya makan set burger ayam, agak enak dan puas hati. Roti ban empuk, patty ayam yang lembut, portion yang besar, persekitaran bersih dan selesa, dikelilingi pemandangan Gunpla pelbagai saiz dari HG ke mega size. Memang satu pengalaman yang menarik. Seandainya saya tidak terlalu kekenyangan (saya tak sempat makan pagi tadi), sudah pasti saya akan cuba juga pelbagai jenis kopi yang ditawarkan. Mungkin pada lain masa apabila berkesempatan.
Perut dah kenyang, jangan lupa kenyangkan mata pula. |
Langsai kelaparan, saya menjenguk studio di tingkat atas. Kalau berminat boleh shopping Gunpla. Memandangkan backlog saya masih ada maka saya tidaklah membeli apa-apa model, cukup dengan menjamu mata saja (padahal dalam hati membuak, nyaris juga sapu Double X 1/100 tadi). Yang lebih menarik, pelanggan bukan saja boleh shopping, malah boleh juga bersantai sambil memasang Gunpla di situ juga di ruang yang disediakan. Lokasi yang baik untuk para modeler dan builder berkumpul dan beraktiviti.
Dah melantak, bolehlah bakar kalori dengan kerja-kerja membuang nub marks. |
Personally, saya memang meminati restoran konsep. Saya juga meminati Gunpla. Maka ini kira double bonus bagi saya. Sempat berbual ringkas dengan owner yang peramah, saya dapat tahu restoran ini kiranya baru juga beroperasi dalam beberapa bulan. Satu idea yang menarik, memandangkan ini salah satu cara untuk para peminat berinteraksi, pada masa yang sama menampilkan Gunpla kepada masyarakat umum, dan dapat dikembangkan juga di lokasi lain. Selamat maju jaya kepada MR Gunpla Studio & Cafe.
Layari Facebook mereka: mrgunplastudio
Wednesday, October 14, 2015
Goosebumps (2015) - Movie review
Kalau anda sudah menonton filem Goosebumps ini, anda akan tahu kenapa saya letak gambar ini. |
Goosebumps. Tajuk filem ini agak familiar. Actually boleh dikatakan sangat familiar, cuma ingatan saya agak kabur. Slow and steady ketika menonton, satu persatu imej muncul dalam kepala. Ya, filem ini bukan sesuatu yang asing. Honestly seingat saya tak pernah baca buku-bukunya. Saya teringatkan cerita-cerita yang lazim ditayangkan di televisyen, rasanya TV3, pada pagi Sabtu. Saya berani jamin siri TV Goosebumps (atau mungkin cerita seram kanak-kanak yang seangkatan seperti Are You Afraid Of The Dark? tahun 1990'an dulu) memang pernah saya tonton sebab terlalu familiar, seperti satu deja vu. Sebaik saja muncul Slappy The Dummy, terdetik dalam hati, "Aku memang pernah tengok muka mangkuk ni tapi di mana?!"
Filem ini saya boleh gambarkan sebagai sebuah TV movie seperti yang kita tonton pada pagi Sabtu dan diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi. Vibe, feel, semuanya menepati ciri-ciri itu. Dari segi watak, jalan cerita, dialog-dialog goofy (dan menjadi), memang membuatkan saya rasa seperti itu. Lebih-lebih lagi Jack Black yang melakonkan watak R. L. Stine himself, interaksi dia dengan Champ (lakonan Ryan Lee) sangat menggelikan hati. Namun yang paling menarik bagi saya sebab dia sendiri yang menyumbangkan suara Slappy The Dummy.
Kena betul dengan tajuknya. Ini bukan Scary Movie yang amat menggelikan hati tapi tidak begitu fokus kepada elemen suspense, beberapa scene filem Goosebumps ini mampu menegakkan bulu roma atau mengejutkan penonton dengan elemen surprise, tetapi pada masa yang sama sangat kelakar. Cuma satu perkara yang saya kurang selesa mungkin atas faktor teknikal, adalah kekaburan atau something wrong dengan fokus kamera, saya pun tak pasti. Mungkin juga sebab saya menonton versi 2D, atau masalah projektor wayang, itu saya tak tahu. Mata saya rasa kurang selesa ketika menonton beberapa babak.
Kesimpulannya, filem ini tidak lari dari elemen cliche, especially kalau anda kaki menonton cerita kanak-kanak yang bersiaran di TV pada pagi Sabtu, dan saya pasti mereka tidak cuba pun untuk lari dari elemen itu. Tapi nonetheless, ini adalah filem yang amat menghiburkan, lawak-lawaknya menjadi, watak-wataknya menarik, dan saya suka rasa nostalgia yang tidak dapat dikenalpasti itu.
Personal rating: 4/5
Saya tertarik bagaimana kerapnya R. L. Stine dibandingkan dengan Stephen King dalam filem ini. Sehinggakan mimik muka yang digayakan Jack Black dalam satu babak memang sebiji sama gaya dengan muka Jack Nicholson dalam filem The Shining (1980) seperti gambar di atas.
Monday, October 12, 2015
Acguy "Kipidap!" WIP - silap coating
Ikut plan, bahagian betis ke atas letak warna hitam mati. Kaki letak hitam kilat, macam kasut baru sapu kiwi. Tersilap pula masa top coat, warna hitam kilat jadi hitam mati.
Saya tersilap guna clear coating. Biasanya saya guna clear coating Mr. Diy. Paint spray dia acrylic epoxy, so warna tak berapa glossy. Nasib baik boleh repair, saya coating semula dengan clear lacquer biasa Galaxy. Naik sikit glossy walaupun tak sekilat sebelum coating. Bolehlah. Lesson learned.
Wednesday, October 7, 2015
The Martian (2015) - Movie review
"Korang tanya macam mana aku boleh survive sorang-sorang dalam Interstellar? Ceh." |
Hemat saya, cerita bab angkasa lepas kalau bagi kepada Ridley Scott, senang macam petik jari saja agaknya. Pada mulanya saya tiada kesempatan untuk menonton filem The Martian ini, namun akhirnya dapat juga beli tiket, itupun secara kebetulan disebabkan tersilap beli.
At first saya menjangkakan sesuatu seperti filem Cast Away (2000), tetapi tidak begitu. Of course, planet Marikh dan pulau terpencil merupakan dua lokasi yang ketara bezanya. Ancaman dan masalah pun sudah tentu berbeza. Terkandas di pulau sekurang-kurangnya boleh cuba tangkap ikan. Terkandas di Marikh? Tanam pokok pun belum tentu hidup. Or is it?
Actually kelainan itu bukan saja dari sudut infrastruktur latar, tetapi juga dari sudut feel. Filem The Martian ini tidak begitu memainkan sentimen loneliness, tidak perlu pun, ada logik dan rasional kenapa ia begitu, dan saya juga bersyukur ia tidak begitu. Saya tertarik dengan ketelitian dalam simplicity apabila menyentuh aspek teknikal, hujah dan faktor yang dilontarkan dapat diterima akal. Cerita ini tidak cuba menyuntik emosi kepada penonton, tetapi ia terjadi sendiri secara automatik hanya melalui penceritaan. Saya rindukan feel ketika menonton Interstellar (2014) pada tahun lepas, dan saya seronok apabila filem ini berjaya menimbulkan rasa yang sama.
Cuma satu saja yang saya tak berapa gemar. Saya tak boleh huraikan terlalu panjang tanpa mengelakkan elemen spoiler. Tetapi cukuplah saya beritahu, apa yang terjadi dalam filem Contact (1997) terjadi juga dalam filem ini, lebih kurang jugalah. Almost a deus ex machina, dan saya tak nampak benda lain selain daripada marketing value semata-mata, sebab sudah beberapa kali dibuat benda yang sama dalam beberapa filem lain. Sikit menyampah tu ada. Itu saja yang boleh saya nyatakan.
Personal rating: 4/5
Monday, October 5, 2015
Gundam Reconguista in G (2014) - Anime review
Walaupun ramai yang mengkritik siri anime Gundam Reconguista in G (atau G-Reco) ini, bagi saya siri ini ada tarikannya yang tersendiri. Hasil tulisan dan arahan oleh si atuk siri Gundam, Yoshiyuki Tomino sendiri, siri ini masih lagi memancarkan aura yang menjadi ciri-ciri beliau, well, tidak termasuk kegilaan 'kill 'em all' beliau dulu, itu cerita lama. Banyak babak agak 'kaya' dengan beberapa elemen berlaku serentak, sesuatu yang jarang kita nampak dalam kebanyakan anime hari ini. Seolah-olah menonton siri-siri Gundam yang terawal dahulu, perasaan yang sama wujud. Detail sedemikian yang buat saya seronok menonton siri ini, suasana nampak lebih natural dan bersahaja, tidak hanya statik pada subjek yang sedang dipaparkan. Inilah dia Yoshiyuki Tomino, seorang otai di kalangan otai.
Minum air bagi mengelakkan dehidrasi. Adegan lazim siri ini. |
Kalau nak terbuang air, bawah seat cockpit ada jamban. Seriously siapa terfikir? |
Namun saya bersetuju dengan kritikan ramai yang mengatakan plot siri ini agak sukar difahami, itu memang saya akui. Plot yang berselirat sampai bersilang-silang dan mengelirukan. Tetapi saya juga rasa itu bukan sesuatu yang perlu dibantai teruk. Saya cuba menonton beberapa kali episod-episod tertentu, dan mendapati ia sebenarnya boleh difahami, cuma perlukan pengamatan dan penyusunan yang teliti. Silap besar kalau kita menjangkakan sesuatu yang terlalu mudah untuk ditelan (walaupun penampilan cerita ini nampak agak mudah) daripada seorang tokoh lama dalam bidang ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)