Saturday, October 17, 2015

MR Gunpla Studio & Cafe

Akhirnya tiba di destinasi setelah disewelkan oleh GPS yang sewel (kononnya alasan nak beli phone baru). 

Hari yang amat bermakna apabila berkesempatan singgah makan tengah hari di MR Gunpla Studio & Cafe. Beralamat di Jalan PJU 5/20A, The Strand Damansara, restoran konsep ini menawarkan kenikmatan serampang dua mata: makanan dan Gunpla. Terdiri daripada dua tingkat, restoran di tingkat bawah dan studio Gunpla di tingkat atas

Makan tanpa tengok makanan sebab mata tengok Nightingale di depan.

Melihat kepada menu, kebanyakannya terdiri daripada pelbagai bentuk Western food. Saya makan set burger ayam, agak enak dan puas hati. Roti ban empuk, patty ayam yang lembut, portion yang besar, persekitaran bersih dan selesa, dikelilingi pemandangan Gunpla pelbagai saiz dari HG ke mega size. Memang satu pengalaman yang menarik. Seandainya saya tidak terlalu kekenyangan (saya tak sempat makan pagi tadi), sudah pasti saya akan cuba juga pelbagai jenis kopi yang ditawarkan. Mungkin pada lain masa apabila berkesempatan.

Perut dah kenyang, jangan lupa kenyangkan mata pula.

Langsai kelaparan, saya menjenguk studio di tingkat atas. Kalau berminat boleh shopping Gunpla. Memandangkan backlog saya masih ada maka saya tidaklah membeli apa-apa model, cukup dengan menjamu mata saja (padahal dalam hati membuak, nyaris juga sapu Double X 1/100 tadi). Yang lebih menarik, pelanggan bukan saja boleh shopping, malah boleh juga bersantai sambil memasang Gunpla di situ juga di ruang yang disediakan. Lokasi yang baik untuk para modeler dan builder berkumpul dan beraktiviti.

Dah melantak, bolehlah bakar kalori dengan kerja-kerja membuang nub marks.

Personally, saya memang meminati restoran konsep. Saya juga meminati Gunpla. Maka ini kira double bonus bagi saya. Sempat berbual ringkas dengan owner yang peramah, saya dapat tahu restoran ini kiranya baru juga beroperasi dalam beberapa bulan. Satu idea yang menarik, memandangkan ini salah satu cara untuk para peminat berinteraksi, pada masa yang sama menampilkan Gunpla kepada masyarakat umum, dan dapat dikembangkan juga di lokasi lain. Selamat maju jaya kepada MR Gunpla Studio & Cafe.

Layari Facebook mereka: mrgunplastudio

No comments:

Post a Comment