Saturday, December 12, 2015

Gundam X Divider (1/100 HG) - Showcase


Saya jatuh cinta dengan siri kit lama ini atas dua sebab. Pertama sebab siri Gundam X memang saya minati. Kedua sebab ciri-ciri yang terdapat pada kit ini sendiri. Mengambil masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan.


Sebahagian besar proses mewarna menggunakan spray can, campur jenama Anchor, Samurai dan DIY. Saya menghadapi masalah untuk proses masking apabila berlaku insiden cat tertanggal. Masalah diatasi dengan menggunakan kaedah hand paint. Beberapa bahagian diwarnakan dengan Sharpie.


Payahnya kit ini apabila melibatkan proses memadam seam line, tersangat banyak. Bentuk molding juga menyukarkan lagi proses tersebut. Sesuatu yang agak mencabar.


Weathering menggunakan teknik dry brush dan Tamiya Weathering Master. Bahagian berwarna pada Divider diwarnakan dengan Sharpie bagi menggantikan sticker yang disediakan.


Sebagai sebuah model lama sudah tentu ada banyak kelemahan jika dibandingkan dengan kit-kit terkini. Contohnya dari segi articulation yang terhad serta kualiti molding. Namun kit ini terserlah dengan ketelitian rekabentuknya dengan panel line yang sangat banyak. Ini saja sudah cukup sebagai tarikan terhadap kit ini. Bagi saya memasang kit-kit lama sebegini sedikit sebanyak dapat melatih seorang modeller mempertajamkan skill-skill tertentu, memandangkan cabarannya agak tinggi daripada biasa.

No comments:

Post a Comment