Showing posts with label model kit. Show all posts
Showing posts with label model kit. Show all posts

Monday, April 4, 2016

Gundam Leopard Destroy (1/100 HG) - Showcase


Menyambung kembali pembikinan oldkit siri Gundam X. Gundam Leopard D menampilkan design asymmetrical khususnya dari sudut persenjataan.

WIP:
Menutup seam line, seperti biasa.
Panel line tak seragam, masalah biasa oldkit.
Tamiya masking tape pun kopek cat juga. Terpaksa ganti guna kertas sticky note.
Crack pada permukaan plastik selepas terkena cement. Mungkin sebab part nipis tak tahan stress, bila terkena cement terus merekah.

Showcase:
 
Kit ini memang sangat menarik. Cuma masalah bahu terlalu berat dan sebagainya, semuanya sebab joint yang kurang efisyen, especially pada bahagian siku, sesuatu yang tak dapat dielakkan unless kalau modify. Apa pun, detailing yang ada memang best. Dan sekali lagi seruan saya kepada pihak Bandai, seperti mana kit-kit siri Gundam X sebelum ini: "Buatlah kit baru woi!" :p

Thursday, March 17, 2016

Zaku II (Ortega)

Articulation dan detailing untuk kit ini agak hebat walaupun untuk skala HG.

Cuma marking sticker ni je yang saya tak berapa gemar. Sebab leceh nak adjust masa pasang dan tak lut Mark Softer.


Laser pointer untuk kesan cahaya monoeye.




Wednesday, March 2, 2016

Zaku II (PDRM Mobile Suit Unit) - camouflage testing


Zaku II camouflage bertemakan unit fiksyen mobile suit PDRM. Warna camouflage yang dipilih berdasarkan uniform lama Pasukan Gerakan Am.

Extra panel line scribing.

Rahsia untuk mendapatkan hasil camouflage adalah benda ni. Mr. Masking Sol Neo, bahan masking dalam bentuk cecair. Benda ni sangat memudahkan kerja, dan tahap adhesive dia tak kuat macam masking tape, walaupun tape brand Tamiya, jadi risiko untuk cat terkopek sangat rendah.

1st layer color.
2nd layer color selepas masking.
3rd layer color selepas masking.
Final layer color selepas masking.
Kopek liquid mask perlahan-lahan dan berhati-hati.
Warna dan corak sikit lari dari uniform PGA yang asal, tapi dari teknikal percubaan ini agak successful.
Untuk hasil terbaik kena pastikan permukaan bersih sebelum sembur cat, juga cat kena betul-betul kering sebelum disembur lapisan seterusnya. Semburan tak terlalu tebal, just sembur secara layang asalkan color dia nampak.




Sunday, February 14, 2016

VF-11B Thunderbolt (1/72) (Hasegawa)


Kit ini merupakan kit keluaran Hasegawa saya yang pertama. Agak kagum dengan perinciannya. Dan lagi pengalaman memasang kit ini memberi satu kelainan berbanding memasang Gunpla.

WIP:
Percayalah, proses mewarnakan pilot memang menarik. Menggunakan kombinasi acrylic dan poster color.

Part transparent ini perlu dipotong dan ditampal dengan cement.

Eksperimen pre shading yang kurang berjaya atas faktor warna pearl white yang terlampau nipis.

Weathering yang agak heavy bagi menutup pre shading.

Tutup seam line.

First time guna liquid masking yang tersangat best. Amat memudahkan kerja mewarna.

Pada mulanya agak kurang yakin dengan keupayaan landing gear menampung beban, sebab halus sangat rod plastiknya
 Showcase:






Sunday, January 31, 2016

Gundam Barbatos (HG) - "The Bloody Hunter"


Dalam mitos, nama Barbatos merujuk kepada seekor demon yang selalunya digambarkan gaya seorang pemburu. Untuk design group build ini saya membuat keputusan untuk mengekalkan ciri-ciri berkenaan.

WIP:
Ubahsuai V-fin dengan tambahan part dari Strike Freedom.
Susah nak tebuk lubang sebab tools yang sepatutnya tak ada.
Color separation dengan Sharpie untuk 1st layer.
Panel line scribing.
Warna merah darah sesuai dengan tema demon.
Vape on! 4 Thruster gergasi yang diilham dari 4 kings sounding horns.
Double barrelled rifle yang diilham dari senapang memburu.

Showcase: