Wednesday, December 30, 2015

Ip Man 3 (2015) - Movie review & analysis


Dalam suatu filem bersiri, jarang penonton menggemari filem yang ketiga. Filem pertama elok, filem kedua pun mungkin elok, tetapi filem ketiga yang boleh jadi sukar untuk mencapai prestasi filem-filem sebelumnya. Siri Terminator, Taken, Alien, Robocop (walaupun saya sebenarnya amat suka Robocop 3), itu antara contoh secara umum. Sedangkan Donnie Yen sendiri pun sebelum ini pernah menyatakan tidak mahu ada filem ketiga, dan kita faham kenapa dia berkata demikian. Jadi tidak dapat dielakkan untuk berasa sedikit gusar, takut-takut filem ketiga ini gagal.

Saya akan kata, jika dinilai sebagai sebuah filem standalone, Ip Man 3 akan menampakkan beberapa kekurangan. Salah satu daripadanya, pembinaan plot yang tidak begitu kukuh menonjolkan kepentingannya. For example, sebelum menonton sebenarnya saya agak tertanya-tanya. Kenapa Mike Tyson? Ya, memang dia seorang yang sangat tersohor dalam seni tinju profesional, tapi bolehkah dia berlakon? Persoalan itu biarlah penonton sendiri menjawabnya. Saya kurang tertarik dengan cara pergerakan cerita dikembangkan, seolah-olah tidak cukup padu atau meyakinkan walaupun penghujung klimaks amat baik. Mungkin bagi penonton yang belum pernah menonton kedua-dua filem sebelum ini, akan terasa kurang dekat dengan watak-wataknya.

Namun jika dilihat dari segi pelengkap trilogi, Ip Man 3 cukup kuat untuk diletakkan hampir sebaris dengan filem sebelumnya. Adegan aksinya masih lagi berbisa dan mendebarkan. Saya juga suka dengan persekitaran Hong Kong era 1950-an seperti yang dipaparkan, cukup meyakinkan, tidak rasa asing, terasa seperti menonton filem-filem Hong Kong lama. Dan elemen yang paling kuat dalam filem ini adalah sentimen emosi dan kekeluargaan. Sebagaimana sentimen seorang pengikut siri Fast & Furious dari siri pertama ketika menonton filem paling akhir, mungkin itu juga yang timbul bagi siri ini. Agak sukar untuk menahan perasaan bagi penonton yang menghayati dan mendalami jiwa dan kehidupan watak bernama Ip Man sejak dari filem pertama. Momentum penghayatan filem ini akan jadi lebih kuat jika ditarik dari filem pertama.

My rating: 4/5 well done.

Analisis tambahan (Spoiler alert!)

Tema akhir yang dipaparkan agak tidak asing dalam dunia seni mempertahankan diri. Apabila melibatkan pertikaian atau masalah soal waris aliran dan sebagainya, boleh dikatakan ia satu perkara yang agak lazim di mana-mana saja termasuklah di Malaysia (boleh buat further research kalau berminat). Saya rasa satu idea yang agak bijak konsep ini dijadikan penutup dalam filem ini. Kata-kata Ip Man di hujung cerita membawa mesej yang sangat baik. Actually watak dia memang begitu sejak dari filem sebelumnya, dan konsistensi ini membuatkan karekter ini satu karekter yang agak meninggalkan kesan.

Saturday, December 19, 2015

Star Wars: The Force Awakens (2015) - Movie review


Satu perkara tentang sebuah siri mahakarya yang mempunyai kekuatan pengikut yang amat besar, sebarang media baru yang diperkenalkan sememangnya tidak dapat lari dari sangkaan dan jangkaan. Ini juga sudah tentu berlaku pada filem terbaru siri Star Wars ini. Perlu dimaklumkan bahawa majoriti peminat hardcore, well, saya boleh kata fanboy siri ini tidak menggemari episod 1, 2 dan 3. Bagi saya pula, tidak sehingga membenci, tetapi saya juga dapat merasakan seperti ada sesuatu yang kurang pada ketiga-tiga episod tersebut, berbanding dengan episod klasik 4, 5 dan 6. Star Wars: The Force Awakens ini akan dinilai sehalus-halusnya seperti juga filem-filem terdahulu, dan sebarang kesilapan akan mengundang amarah peminat yang pasti akan menjejaskan filem-filem seterusnya.

Pendapat saya setelah menonton, jujur saya kata filem ini menarik, membangkitkan nostalgia, tetapi tidaklah begitu original. Seolah-olah seorang chef yang sebelum ini memasak nasi goreng ayam, kemudian menggantikan ayam dengan daging, ia tetap sebuah nasi goreng. Derivatif. Sebabnya tunjang jalan cerita terlalu banyak sangat persamaan dengan episod 4 (A New Hope). Seolah-olah satu deja vu, menonton kembali filem tersebut, tukar watak, tukar peranan, tukar itu ini, tambah tolak sikit, maka jadilah The Force Awakens. Seolah-olah pihak produksi cuba berhati-hati supaya tidak menyinggung peminat sepertimana episod 1, 2 dan 3. Itu cuma andaian saya saja.

Apa pun itu tidak mengurangkan semangat saya untuk menonton, semuanya semata-mata atas faktor nostalgia. Bunyi enjin Tie Fighter yang seakan-akan raksasa mengerang, bunyi percisan Lightsaber berlaga, ini semua terlalu mengujakan. Mungkin faktor derivatif itu tadi juga merupakan kekuatan filem ini. Tiada yang terlalu unik, terlalu fresh atau terlalu inovatif, dan saya anggap ini bukan suatu kelemahan, tetapi sebagai satu penghormatan kepada siri Star Wars itu sendiri yang tidak terlalu menyimpang jauh daripada ciri-ciri yang asal. Babak-babak tempur dan aksi juga agak mengujakan, adegan-adegan dogfight dibikin cukup cantik, pujian kepada pengarahnya J.J. Abrams, pada saya beliau telah menjalankan peranan dengan baik sekali. Tambahan lagi watak-watak baru yang diperkenalkan agak kukuh. Saya mengaku agak tertarik dengan pengenalan protagonis wanita sebagai Jedi apprentice, mungkin sebab dua trilogi sebelum ini dipegang oleh watak lelaki.

Filem ini saya letak di atas garisan secukup rasa. Ia berjaya menanam minat saya untuk menonton filem-filem seterusnya, well, lagi dua tahun, satu tempoh yang tak perlu ditunggu bagi mengelakkan diri terasa tua (kalau fahamlah maksud saya).

My rating: 4/5

Thursday, December 17, 2015

The Peanuts Movie (2015) - Movie review


Sebagai sebuah filem yang sangat membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak dulu, saya sangat seronok menontonnya. Kartun Charlie Brown dan rakan-rakan antara kisah yang pernah saya ulang tonton entah berapa kali ketika zaman VHS dulu. Sampai melekat personaliti dan nama-nama watak serta babak-babak tertentu hingga hari ni. Kalau anda seperti saya, berkemungkinan besar anda juga akan terhibur. Cabaran utama filem ini adalah transisi dari suatu bentuk yang lama ke sesuatu yang lebih kontemporari. Walaupun pada zaman itu wujud juga kartun-kartun lain, ada sesuatu yang unik tentang bagaimana kartun Charlie Brown divisualisasikan. Adegan Schroeder dengan pianonya, angan-angan Snoopy bertempur Red Baron, dan lain-lain lagi, bagi yang pernah menontonnya dulu akan ingat bagaimana abstraknya ia ditonjolkan, macam ada sedikit elemen surreal di situ. Sebelum masuk panggung saya sudah terfikir sama ada mereka akan cuba reinvent semula, dan jawapannya, well, not entirely. Filem ini mengekalkan babak-babak tersebut secara 'fizikal', tetapi digubah ke bentuk moden. Kuihnya sama, intinya sama, rasanya saja sedikit berbeza. Namun itu tidak mengurangkan mood saya. Ia tetap sebuah filem yang baik dengan jalan cerita dan mesej yang menarik dan menghiburkan. Recommended untuk tontonan bersama anak-anak, bagi depa rasa masterpiece zaman mak bapak dulu di sebalik kepopularitian Ben 10, Spongebob atau RWBY.

My rating: 4/54/5.

Saturday, December 12, 2015

Gundam X Divider (1/100 HG) - Showcase


Saya jatuh cinta dengan siri kit lama ini atas dua sebab. Pertama sebab siri Gundam X memang saya minati. Kedua sebab ciri-ciri yang terdapat pada kit ini sendiri. Mengambil masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan.


Sebahagian besar proses mewarna menggunakan spray can, campur jenama Anchor, Samurai dan DIY. Saya menghadapi masalah untuk proses masking apabila berlaku insiden cat tertanggal. Masalah diatasi dengan menggunakan kaedah hand paint. Beberapa bahagian diwarnakan dengan Sharpie.


Payahnya kit ini apabila melibatkan proses memadam seam line, tersangat banyak. Bentuk molding juga menyukarkan lagi proses tersebut. Sesuatu yang agak mencabar.


Weathering menggunakan teknik dry brush dan Tamiya Weathering Master. Bahagian berwarna pada Divider diwarnakan dengan Sharpie bagi menggantikan sticker yang disediakan.


Sebagai sebuah model lama sudah tentu ada banyak kelemahan jika dibandingkan dengan kit-kit terkini. Contohnya dari segi articulation yang terhad serta kualiti molding. Namun kit ini terserlah dengan ketelitian rekabentuknya dengan panel line yang sangat banyak. Ini saja sudah cukup sebagai tarikan terhadap kit ini. Bagi saya memasang kit-kit lama sebegini sedikit sebanyak dapat melatih seorang modeller mempertajamkan skill-skill tertentu, memandangkan cabarannya agak tinggi daripada biasa.