Saya berterus-terang. Saya menaip artikel ini adalah sebab saya sudah menonton BoBoiBoy: The Movie. Saya memang ada mengikuti siri televisyennya, dan saya tidak berasa asing dengan filem animasi ini. Saya terpanggil untuk berkongsikan sedikit sebanyak resepi tentang animasi atau secara umumnya beberapa konsep dalam teknik perfileman sendiri. Tujuan saya agar pihak tertentu terbuka mata dan sebelum mengeluarkan kritikan-kritikan cetek supaya fikir dulu sebelum berkata-kata sebab apa yang anda perkatakan akan menggambarkan dalam atau ceteknya otak anda.
Pertama sekali, BoBoiBoy: The Movie adalah filem animasi AKSI, itu terasnya dan diselang seli dengan komedi. It has always been like that sejak dari siri TV. Jadi tak perlu banding gaya penceritaan dengan mana-mana sekalipun animasi yang bukan genre berkenaan tak kisahlah dari dalam atau luar negara. Kalau nak banding, banding dengan animasi AKSI yang lain. Get it? So tak payahlah nak compare dengan Zootopia ke, Inside Out ke, Upin Ipin ke, mana-mana sajalah animasi yang bukan AKSI sebab ia tak relevan. Sama macam banding cerita The Expendables dengan Ombak Rindu, atau banding cerita Doraemon dengan Naruto (walaupun kedua-dua dari Jepun). Berapa kerat je pun animasi Disney-Pixar atau DreamWorks yang pure hardcore aksi. So nak toleh ke mana? Of course yang paling banyak pun sudah tentu dari Jepun.
And then apabila begitu ada pula yang kata terlalu meniru anime. Perlu diingatkan bahawa dalam bidang seni istilah 'tiru' ni adalah sesuatu yang sangat kabur, sangat subjektif. Bukan boleh ikut sedap mulut cakap itu tiru ini. Memandangkan saya malas nak taip, tolong selidik maksud 'pengaruh' (influence) dalam seni. Baca juga istilah 'tropes', khatamkan website ini dulu. Setiap seni mesti ada influence dari mana-mana yang terdahulu. Tak kiralah Picasso ke, Kurt Cobain ke, J.K. Rowling ke, sebut sajalah sesiapa pun. Even siri macam Naruto dan One Piece sendiri pun banyak ambil ilham dari Dragonball Z dan manga/anime aksi lain yang terdahulu. Jangan cerita anime, berlambak animasi bikinan barat juga yang ada influence dari animasi Jepun macam siri Avatar, My Life Me, RWBY dan sebagainya, dan animasi tersebut ada sambutannya. Malah influence mereka dari sudut ART STYLE lagi obvious dari BoBoiBoy, yang mana BoBoiBoy masih banyak mengekalkan gaya yang tidak sama dengan anime Jepun.
"Siapa sebut pasal 'kepala besar' tadi?" |
So enough dengan bebelan saya. Apa yang bakal saya kongsikan adalah pemerhatian saya tentang bagaimana untuk menjadi suatu babak itu cukup 'berkuasa' dan memberi impak yang cukup kuat. Ia boleh jadi sama ada dari segi manipulasi aspek teknikal ataupun susunan plot. BoBoiBoy memang ada mengaplikasikan teknik/konsep berikut sama ada dalam siri TV atau filemnya.
1. The Calm Before The Storm
Contoh mudah adalah dalam babak filem Superman (1978). Dalam babak penghujung di mana Superman menjadi separuh gila kerana gagal menyelamatkan Lois Lane yang terkorban.
Konsep ini banyak digunakan bagi mewujudkan kontras yang sangat obvious. Ketenangan sebelum berlakunya suatu yang hebat. Perhatikan bagaimana suasana menjadi senyap, nada bunyi direndahkan, muzik jadi perlahan, pemandangan secara wide shot, dan sebagainya. Ini bagi menimbulkan mood sayu, seolah-olah satu proses tafakur sebelum Superman breakdown dan melakukan satu tindakan yang paling absurd dalam dunianya. Ditambah lagi dengan gema pada jeritannya dan gigilan tangan (konsep gegaran) ketika terbang. A very powerful scene, overflows with power. Antara contoh dalam medium lain:
Babak kebangkitan dalam Shaolin Soccer (2001). Ada juga filem-filem lama era 90an lakonan Stephen Chow yang menggunakan konsep ini. |
Sekilas saat ketenangan sebelum jurus klimaks. Rurouni Kenshin (2012). |
2. Motion Speed Manipulation
Konsep ini telah lama wujud, dan sejak Bullet Time disensasikan oleh filem Matrix (1999), konsep manipulasi motion speed ini telah berkembang luas dan dipelbagaikan cara penggunaannya. Konsep ini mampu menghidupkan lagi babak aksi yang dipersembahkan.
Contohnya babak pertempuran Shin Getter Robo dalam OVA Getter Robo Armageddon (1998), especially pada minit 7:23. Perlu diketahui bahawa pertempuran ini berlaku dengan amat pantas, dan manipulasi motion speed secara laju dan perlahan sangat penting agar penonton dapat menghayati babak tersebut dengan lebih dramatik.
Amati bagaimana konsep manipulasi motion speed ini diterapkan dengan amat cantik sekali ketika scene tempur Tifa lawan Loz dalam Final Fantasy VII: Advent Children (2005). Kombinasi gerak laju dan perlahan menghidupkan lagi setiap pergerakan dalam bentuk yang boleh dihayati.
3. A Moment In Repetition
Dalam Police Story (1985) mungkin anda masih ingat babak Jackie Chan terjun bangunan yang diulang beberapa kali. Hampir sama dengan itu, cuma konsep ini lebih khusus untuk satu pergerakan secara sepintas lalu. Apabila sesuatu babak itu terlalu hebat untuk dilihat sepintas lalu, maka kita buatkan agar ia dapat ditonton berulang-ulang dua tiga kali dari sudut yang berlainan. Salah satu hasil evolusi daripada penggunaan frame terhad dalam animasi lama, konsep ini cukup popular dan mampu menimbulkan rasa awesomeness serta kadangkala rasa lucu, bergantung kepada subjeknya.
Saat 0:27 dalam klip ini, dari siri Mazinger Edition Z: The Impact! (2009), dua kali pengulangan dalam zoom level berbeza, memberikan rasa impak yang cukup berkuasa.
Babak kejar-mengejar dalam Ong Bak (2003), antaranya pada minit 1:29 dan 1:59. selain daripada babak ini, teknik ini juga diaplikasikan dalam babak berlawan yang lain.
Cinematic cutscene dari permainan video Final Fantasy VII (1997) ketika pelancaran Mako Cannon pada minit 1:30, pengulangan tiga kali dari angle berlainan bagi menonjolkan betapa kuatnya meriam tersebut.
4. Muzik latar
Tidak dapat ditekan lagi bahawa muzik latar SANGAT, SANGAT PENTING bagi menimbulkan mood yang bersesuaian, termasuklah dalam babak-babak aksi yang dramatik. Bukan sekadar muzik latar yang baik dan sesuai, sangat penting juga setiap pergerakan dalam babak berkenaan dikoreografikan secara optimal, selaras dan seragam dengan muzik latar bagi mencapai kesan yang maksimum. Genre muzik yang sesuai termasuklah berbentuk orchestrated, metal atau sebarang muzik yang fast paced, namun tidak terhad kepada itu, apa saja genre muzik boleh digunakan jika kena caranya.
Scene lawan dalam siri Kara No Kyoukai: Paradox Spiral (2008). Selain daripada koreografi pergerakan, perhatikan juga bagaimana sequence aksi diselaraskan dengan muzik latar. Hasilnya satu scene yang cukup cantik sekali.
Let's face it. Walaupun prequel Star Wars banyak dikecam peminat (dan saya akui kenapa), banyak juga babak aksi berlawan yang agak baik. Scene Jedi duo melawan Darth Maul antaranya, salah satu sebabnya selain daripada koreografi yang baik, juga kerana muzik latar yang mengena.
Scene episod 13 New Getter Robo (2004) menunjukkan bagaimana persekitaran yang build up gradually selari dengan muzik latar Deep Red nyanyian Hiroshi Kitadani menghasilkan babak tempur yang sangat intense.
5. Exaggeration Effects
Ini basic. Sama ada animasi atau live action, exaggeration atau memperbesar-besarkan sesuatu adalah cara biasa untuk mendapatkan kesan dramatik. Penggunaan gema pada bunyi, gegaran kamera atau objek yang dirakamkan, visual latar kelajuan ala-ala light trail, kontras saiz yang obvious, pergerakan yang melampau dari kebiasaan, permainan camera angle, dan sebagainya semua itulah. Macam-macam cara. Lebih-lebih dalam animasi, tidak keterlaluan saya katakan exaggeration adalah WAJIB. Tanpa exaggeration animasi tersebut akan nampak bland.
5. Exaggeration Effects
Ini basic. Sama ada animasi atau live action, exaggeration atau memperbesar-besarkan sesuatu adalah cara biasa untuk mendapatkan kesan dramatik. Penggunaan gema pada bunyi, gegaran kamera atau objek yang dirakamkan, visual latar kelajuan ala-ala light trail, kontras saiz yang obvious, pergerakan yang melampau dari kebiasaan, permainan camera angle, dan sebagainya semua itulah. Macam-macam cara. Lebih-lebih dalam animasi, tidak keterlaluan saya katakan exaggeration adalah WAJIB. Tanpa exaggeration animasi tersebut akan nampak bland.
* * * * * * * * * * * * * * * * * *
Lima teknik atau konsep tadi hanya sebahagian daripada perkara yang boleh diterapkan, ada banyak lagi yang boleh diteroka dan dicuba. The thing is kelima-lima teknik/konsep tadi memang ada diaplikasikan dalam BoBoiBoy sama ada siri TV atau filemnya. Dari situ boleh nampak bahawa team produksi mereka memang bukan orang asing dalam bidang animasi. Mereka tahu apa yang mereka buat.
Baiklah, cukup dari segi teknik. Ulasan dari segi lain, BoBoiBoy sememangnya sebuah animasi hebat bercitarasa local. Kenapa local? Sebab skrip dialog dan elemen-elemen yang diserapkan dalam jalan ceritanya banyak berciri-cirikan local. Dari satu sudut, seperti lawak berbentuk 'word pun' dalam bahasa Inggeris atau 'mo lei tau' yang banyak digunakan dalam filem-filem Stephen Chow, BoBoiBoy menerapkan lawak berciri local bermacam bentuk, dan semuanya kita cukup familiar. For example dalam satu episod, robot jahat yang digelar Perisai Tempur Angkasa-I, diringkaskan menjadi robot PETAI dan menjadi bahan jenaka. Lawak ini sudah pasti akan lost in translation jika dialih bahasa, seperti juga lawak 'mo lei tau' atau 'word pun', tapi ini membuktikan sememangnya BoBoiBoy sangat berciri-cirikan local. Ada banyak lagi, dari segi environment, local issues, personaliti, tapi bagi saya itu sudah memadai. ART STYLE bukan penentu mutlak sama ada sesuatu animasi itu berciri tempatan atau tidak. So tiada istilah tiru whatsoever di sini.
Dengan apa yang saya telah terangkan tadi, adakah ini bermaksud BoBoiBoy: The Movie tidak mempunyai kelemahan? Jawapan saya mestilah ada. For me, filem ini merupakan satu hadiah kepada peminat BoBoiBoy, golongan yang sudah familiar dengan sirinya. Namun saya akui bagi mereka yang langsung tak pernah ambil tahu tentang animasinya mungkin akan sedikit lost. Sebab jalan ceritanya bermula tanpa establishment asas. Walaupun begitu, bagi saya itu bukan isunya. Persoalannya, kalau tak pernah tahu pasal BoBoiBoy, atau tak pernah nak ambil tahu langsung, kenapa pula tiba-tiba rasa nak tonton? What do you expect? Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak menonton tiada masalah, sama ada mereka faham atau tidak bukan isunya. Tidak dapat disangkal bahawa kejayaan sambutan hangat filem ini adalah sebab siri ini sudahpun mempunyai establishment yang kuat, bilangan peminat yang besar. Memanglah filem ini baru, tapi siri ini bukannya baru, sirinya sudah tiga season ditayangkan. Itu advantage bagi filem ini.
Dan despite all that teknik dan konsep yang diterapkan, saya nampak sebenarnya masih ada ruang untuk diperbaiki. Menggunakan teknik dan konsep demikian memerlukan kadar synchronization yang tinggi. 100% is perfect, 80% is good, bawah dari itu maknanya tak mengena. BoBoiBoy sudah mencapai 80% of that synchronization, sudah memadai, namun many rooms for potential. Masih ada ruang untuk diperkemaskan.
I have high hopes bagi team produksi BoBoiBoy. Bagi saya mereka ibarat pelaksana impian-impian terkubur mereka (dan saya sendiri) yang dulunya pernah bercita-cita mahu membuat animasi or komik or video games or whatsoever. Well, perjalanan masih jauh, semoga terus sukses.
No comments:
Post a Comment