Thursday, March 31, 2016

Batman v Superman: Dawn Of Justice (2016) - review


Hampir separuh pertama cerita, terlalu banyak masa diambil untuk establish sesuatu yang tidak begitu banyak. Saya faham yang setiap babak dipersembah dengan gaya yang penuh menarik dan dramatik, memang kesannya rasa dan menjadi, typical Snyder style, cuma mungkin tidak perlu untuk semua benda memandangkan ia hampir menjadi draggy. Progress yang perlahan, cukup meyakinkan namun terlalu lewah. Namun yang sangat menghairankan adalah saya tidak rasa distracted untuk mengalihkan perhatian dari layar panggung. Semua permasalahan itu tidak mendatangkan rasa bosan, sebaliknya saya rasa cukup tekun. Not sure why. Mungkin environment cerita, atau dialog yang menarik, saya tidak tahu.

Bercakap pasal Zack Snyder, secara peribadinya saya jenis yang boleh masuk dengan cara penyampaiannya walaupun tidak semua filem. Tertarik dengan Watchmen, tidak berminat dengan 300, tertarik dengan Sucker Punch. Filem ini pula? The same thing. Umpama pertama kali merasa rebung masak lemak. Kira-kira 25 tahun dulu saya tak lalu nak makan. Baunya mengingatkan saya pada lampin bayi yang bernajis. Saya mula makan rebung hanya kira-kira 10-15 tahun lepas, itupun setelah saya cabar diri sendiri untuk mencuba. Mungkin ketika itu bayangan lampin bernajis sudah tidak begitu ketara lagi. Sebaik saja rebung disuapkan ke dalam mulut, rasa awkward tu muncul. Something yang tak dapat dijelaskan. Bukannya tidak sedap, tetapi rasa yang asing dan pertama kali muncul. Kesudahannya habis juga lauk rebung yang diambil.

Habis satu perenggan cerita pasal rebung. Macam itulah agaknya cara filem ini disampaikan. Saya rasa Zack Snyder memang nak penonton feel setiap detik saat dalam setiap babak dengan penuh penghayatan. Masalahnya timbul apabila babak-babak itu hanya baik cara penyampaian tetapi tidak begitu memberi after effect yang cukup. Sama ada mungkin salah fokus subjek, atau salah suntingan, tak tahulah. Termasuk juga dengan beberapa babak yang agak penting tapi disampaikan dengan cara yang awkward, sehingga saya sendiri rasa awkward.

On the other hand, saya tak ada masalah dengan elemen dark tone, malah saya rasa macam suka pula. Lakonan dan pemilihan watak tiada masalah, semuanya baik dan tiada yang tak sesuai, although saya kurang gemar dengan gaya personaliti Lex Luthor, dan tetap kurang berminat dengan Gal Gadot sebagai Wonder Women sebab saya rasa Wonder Women perlu seorang yang bertubuh atletik seperti Jessica Biel atau Gemma Arterton. Well that's just me, tiada masalah dengan dia though. Ben Affleck cukup sesuai dengan watak Bruce Wayne/Batman yang lebih berusia. Jeremy Irons sebagai Alfred yang agak sarkastik juga mencuri tumpuan. Overall tiada masalah dengan casting.

Jangan tanya saya sama ada anda patut menonton filem ini atau tidak. In fact bukan saja filem ini, tentang filem apa sekalipun. Saya tekankan dengan sepenuh kuasa bahawa menonton filem, seperti mana-mana perbuatan lain, adalah satu proses pengalaman yang perlu dilalui sendiri, bukan dengar cakap orang tak kisahlah sesiapapun. Orang yang tak pernah makan durian boleh saja bertanya bagaimana rasa buah durian, tetapi yang sebetulnya dia kena rasa sendiri barulah boleh menilai sama ada suka atau tidak. Cerita durian pula. Tadi rebung, sekarang durian. Macam itulah filem ini.

For me, jika kata filem ini teruk, itu agak underrated. Nak kata bagus, itu agak overrated pula.
So saya bagi 4/5, bukan sebab ia layak dapat 4/5, tapi sebab ia tak layak diberi 3/5.


Ulasan tambahan (SPOILER ALERT maybe?)

Tidak boleh disangkal lagi pertarungan antara Batman dan Superman merupakan salah satu adegan yang agak epik. Dalam filem ini advantage pada Batman. Menyaksikan Batman beat the crap out of Superman secukup-cukupnya, entah kenapa saya rasa cukup puas. Perlu difahami yang saya tidak membenci Superman. Mungkin rasa itu datang dari naluri underdog atau kepuasan timbal balik terhadap authority atau sesuatu yang lebih kuat (a reason why I'm on TeamCap). Essence of character, Superman sejak dari dulu lagi diinterpretasikan sebagai sesuatu yang bersifat 'godlike' (a reason why Goku will never ever beat him. If I have to say). Dia bukan watak fiksyen yang memberi inspirasi untuk ditiru atau diteladani, tetapi watak yang memberi inspirasi dalam bentuk harapan (remember symbol of Hope?) It has always been like that, termasuklah dalam filem ini, sejak dari Man Of Steel. You can't be Superman. BUT you can be Batman. Ini sebabnya kenapa pertarungan ini cukup epik. Everything yang telah terbina dari awal cerita sehingga membawa ke adegan ini, cukup memberi kesan. Bukan semata-mata pertarungan malah cara ia disampaikan juga cukup memainkan peranan. Memang ini kelebihan Snyder pun. Cuma cara ia dihentikan, bagi saya agak... meh.

No comments:

Post a Comment