Sunday, October 25, 2015

Barang elektronik terpakai


Baru saja selesai mengkopak komputer lama tak pakai. Banyak juga part yang boleh dikitar semula, sama ada jadi part modify model kit atau part diorama.

Yang ni macam boleh buat missile launcher rack.

Turbin gergasi loji janakuasa? Kipas kapal?
Mechanism DVD drive ni macam boleh buat take off catapult

Sangat banyak possibilities. Mencari substitute parts macam ni boleh menjimatkan kos.

Wednesday, October 21, 2015

Water slide decal paper - pro & contra


So saya tekad nak buat decal sendiri, maka saya pun belilah water slide decal paper di Mudah.my. Yang menariknya tak perlu guna printer canggih-manggih, saya cuma guna printer di rumah jenama Canon Pixma E400. Set resolution 600, hasilnya sudah cukup sharp. Agak puas hati.


Cuma satu saja masalahnya (actually masalah yang agak besar juga). Disebabkan printer biasa hanya berkonsep CMYK, maka apabila print atas permukaan decal paper yang transparent, ia cuma akan menjadi kalau decal itu digunakan atas permukaan putih sahaja. Kalau guna atas permukaan berwarna (especially gelap atau hitam) memang hancur hasilnya. Sama ada warna lari atau tak nampak langsung.

Maknanya untuk hasil terbaik kena juga cari printer CMYW, atau printer yang boleh print atas permukaan hitam.

So the hunt continues...

Saturday, October 17, 2015

MR Gunpla Studio & Cafe

Akhirnya tiba di destinasi setelah disewelkan oleh GPS yang sewel (kononnya alasan nak beli phone baru). 

Hari yang amat bermakna apabila berkesempatan singgah makan tengah hari di MR Gunpla Studio & Cafe. Beralamat di Jalan PJU 5/20A, The Strand Damansara, restoran konsep ini menawarkan kenikmatan serampang dua mata: makanan dan Gunpla. Terdiri daripada dua tingkat, restoran di tingkat bawah dan studio Gunpla di tingkat atas

Makan tanpa tengok makanan sebab mata tengok Nightingale di depan.

Melihat kepada menu, kebanyakannya terdiri daripada pelbagai bentuk Western food. Saya makan set burger ayam, agak enak dan puas hati. Roti ban empuk, patty ayam yang lembut, portion yang besar, persekitaran bersih dan selesa, dikelilingi pemandangan Gunpla pelbagai saiz dari HG ke mega size. Memang satu pengalaman yang menarik. Seandainya saya tidak terlalu kekenyangan (saya tak sempat makan pagi tadi), sudah pasti saya akan cuba juga pelbagai jenis kopi yang ditawarkan. Mungkin pada lain masa apabila berkesempatan.

Perut dah kenyang, jangan lupa kenyangkan mata pula.

Langsai kelaparan, saya menjenguk studio di tingkat atas. Kalau berminat boleh shopping Gunpla. Memandangkan backlog saya masih ada maka saya tidaklah membeli apa-apa model, cukup dengan menjamu mata saja (padahal dalam hati membuak, nyaris juga sapu Double X 1/100 tadi). Yang lebih menarik, pelanggan bukan saja boleh shopping, malah boleh juga bersantai sambil memasang Gunpla di situ juga di ruang yang disediakan. Lokasi yang baik untuk para modeler dan builder berkumpul dan beraktiviti.

Dah melantak, bolehlah bakar kalori dengan kerja-kerja membuang nub marks.

Personally, saya memang meminati restoran konsep. Saya juga meminati Gunpla. Maka ini kira double bonus bagi saya. Sempat berbual ringkas dengan owner yang peramah, saya dapat tahu restoran ini kiranya baru juga beroperasi dalam beberapa bulan. Satu idea yang menarik, memandangkan ini salah satu cara untuk para peminat berinteraksi, pada masa yang sama menampilkan Gunpla kepada masyarakat umum, dan dapat dikembangkan juga di lokasi lain. Selamat maju jaya kepada MR Gunpla Studio & Cafe.

Layari Facebook mereka: mrgunplastudio

Wednesday, October 14, 2015

Goosebumps (2015) - Movie review

Kalau anda sudah menonton filem Goosebumps ini, anda akan tahu kenapa saya letak gambar ini.

Goosebumps. Tajuk filem ini agak familiar. Actually boleh dikatakan sangat familiar, cuma ingatan saya agak kabur. Slow and steady ketika menonton, satu persatu imej muncul dalam kepala. Ya, filem ini bukan sesuatu yang asing. Honestly seingat saya tak pernah baca buku-bukunya. Saya teringatkan cerita-cerita yang lazim ditayangkan di televisyen, rasanya TV3, pada pagi Sabtu. Saya berani jamin siri TV Goosebumps (atau mungkin cerita seram kanak-kanak yang seangkatan seperti Are You Afraid Of The Dark? tahun 1990'an dulu) memang pernah saya tonton sebab terlalu familiar, seperti satu deja vu. Sebaik saja muncul Slappy The Dummy, terdetik dalam hati, "Aku memang pernah tengok muka mangkuk ni tapi di mana?!"

Filem ini saya boleh gambarkan sebagai sebuah TV movie seperti yang kita tonton pada pagi Sabtu dan diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi. Vibe, feel, semuanya menepati ciri-ciri itu. Dari segi watak, jalan cerita, dialog-dialog goofy (dan menjadi), memang membuatkan saya rasa seperti itu. Lebih-lebih lagi Jack Black yang melakonkan watak R. L. Stine himself, interaksi dia dengan Champ (lakonan Ryan Lee) sangat menggelikan hati. Namun yang paling menarik bagi saya sebab dia sendiri yang menyumbangkan suara Slappy The Dummy.

Kena betul dengan tajuknya. Ini bukan Scary Movie yang amat menggelikan hati tapi tidak begitu fokus kepada elemen suspense, beberapa scene filem Goosebumps ini mampu menegakkan bulu roma atau mengejutkan penonton dengan elemen surprise, tetapi pada masa yang sama sangat kelakar. Cuma satu perkara yang saya kurang selesa mungkin atas faktor teknikal, adalah kekaburan atau something wrong dengan fokus kamera, saya pun tak pasti. Mungkin juga sebab saya menonton versi 2D, atau masalah projektor wayang, itu saya tak tahu. Mata saya rasa kurang selesa ketika menonton beberapa babak.

Kesimpulannya, filem ini tidak lari dari elemen cliche, especially kalau anda kaki menonton cerita kanak-kanak yang bersiaran di TV pada pagi Sabtu, dan saya pasti mereka tidak cuba pun untuk lari dari elemen itu. Tapi nonetheless, ini adalah filem yang amat menghiburkan, lawak-lawaknya menjadi, watak-wataknya menarik, dan saya suka rasa nostalgia yang tidak dapat dikenalpasti itu.

Personal rating: 4/5

Saya tertarik bagaimana kerapnya R. L. Stine dibandingkan dengan Stephen King dalam filem ini. Sehinggakan mimik muka yang digayakan Jack Black dalam satu babak memang sebiji sama gaya dengan muka Jack Nicholson dalam filem The Shining (1980) seperti gambar di atas.

Monday, October 12, 2015

Acguy "Kipidap!" WIP - silap coating


Ikut plan, bahagian betis ke atas letak warna hitam mati. Kaki letak hitam kilat, macam kasut baru sapu kiwi. Tersilap pula masa top coat, warna hitam kilat jadi hitam mati.

Saya tersilap guna clear coating. Biasanya saya guna clear coating Mr. Diy. Paint spray dia acrylic epoxy, so warna tak berapa glossy. Nasib baik boleh repair, saya coating semula dengan clear lacquer biasa Galaxy. Naik sikit glossy walaupun tak sekilat sebelum coating. Bolehlah. Lesson learned.

Wednesday, October 7, 2015

The Martian (2015) - Movie review

"Korang tanya macam mana aku boleh survive sorang-sorang dalam Interstellar? Ceh."

Hemat saya, cerita bab angkasa lepas kalau bagi kepada Ridley Scott, senang macam petik jari saja agaknya. Pada mulanya saya tiada kesempatan untuk menonton filem The Martian ini, namun akhirnya dapat juga beli tiket, itupun secara kebetulan disebabkan tersilap beli.

At first saya menjangkakan sesuatu seperti filem Cast Away (2000), tetapi tidak begitu. Of course, planet Marikh dan pulau terpencil merupakan dua lokasi yang ketara bezanya. Ancaman dan masalah pun sudah tentu berbeza. Terkandas di pulau sekurang-kurangnya boleh cuba tangkap ikan. Terkandas di Marikh? Tanam pokok pun belum tentu hidup. Or is it?

Actually kelainan itu bukan saja dari sudut infrastruktur latar, tetapi juga dari sudut feel. Filem The Martian ini tidak begitu memainkan sentimen loneliness, tidak perlu pun, ada logik dan rasional kenapa ia begitu, dan saya juga bersyukur ia tidak begitu. Saya tertarik dengan ketelitian dalam simplicity apabila menyentuh aspek teknikal, hujah dan faktor yang dilontarkan dapat diterima akal. Cerita ini tidak cuba menyuntik emosi kepada penonton, tetapi ia terjadi sendiri secara automatik hanya melalui penceritaan. Saya rindukan feel ketika menonton Interstellar (2014) pada tahun lepas, dan saya seronok apabila filem ini berjaya menimbulkan rasa yang sama.

Cuma satu saja yang saya tak berapa gemar. Saya tak boleh huraikan terlalu panjang tanpa mengelakkan elemen spoiler. Tetapi cukuplah saya beritahu, apa yang terjadi dalam filem Contact (1997) terjadi juga dalam filem ini, lebih kurang jugalah. Almost a deus ex machina, dan saya tak nampak benda lain selain daripada marketing value semata-mata, sebab sudah beberapa kali dibuat benda yang sama dalam beberapa filem lain. Sikit menyampah tu ada. Itu saja yang boleh saya nyatakan.

Personal rating: 4/5

Monday, October 5, 2015

Gundam Reconguista in G (2014) - Anime review


Walaupun ramai yang mengkritik siri anime Gundam Reconguista in G (atau G-Reco) ini, bagi saya siri ini ada tarikannya yang tersendiri. Hasil tulisan dan arahan oleh si atuk siri Gundam, Yoshiyuki Tomino sendiri, siri ini masih lagi memancarkan aura yang menjadi ciri-ciri beliau, well, tidak termasuk kegilaan 'kill 'em all' beliau dulu, itu cerita lama. Banyak babak agak 'kaya' dengan beberapa elemen berlaku serentak, sesuatu yang jarang kita nampak dalam kebanyakan anime hari ini. Seolah-olah menonton siri-siri Gundam yang terawal dahulu, perasaan yang sama wujud. Detail sedemikian yang buat saya seronok menonton siri ini, suasana nampak lebih natural dan bersahaja, tidak hanya statik pada subjek yang sedang dipaparkan. Inilah dia Yoshiyuki Tomino, seorang otai di kalangan otai.

Minum air bagi mengelakkan dehidrasi. Adegan lazim siri ini.

Kalau nak terbuang air, bawah seat cockpit ada jamban. Seriously siapa terfikir? 

Namun saya bersetuju dengan kritikan ramai yang mengatakan plot siri ini agak sukar difahami, itu memang saya akui. Plot yang berselirat sampai bersilang-silang dan mengelirukan. Tetapi saya juga rasa itu bukan sesuatu yang perlu dibantai teruk. Saya cuba menonton beberapa kali episod-episod tertentu, dan mendapati ia sebenarnya boleh difahami, cuma perlukan pengamatan dan penyusunan yang teliti. Silap besar kalau kita menjangkakan sesuatu yang terlalu mudah untuk ditelan (walaupun penampilan cerita ini nampak agak mudah) daripada seorang tokoh lama dalam bidang ini.